fbpx

Anya Geraldine takut nak kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANYA GERALDINE

KEHANGATAN berita mengenai keruntuhan rumah tangga pasangan selebriti turut memberi tempias kegusaran buat pelakon cantik, Anya Geraldine.

Dia menjadi takut untuk berkahwin tatkala membaca kisah kecurangan.

Anya turut mempunyai tanggapan tersendiri yang menyifatkan perkahwinan sesuatu menyeramkan dan berisiko.

“Seramkan nikah? Nikah bukan cara selesaikan masalah hidup, sebaliknya mula segala masalah,” tulisnya dalam Twitter.

Anya sebelum ini pernah beberapa kali menjalinkan hubungan cinta, namun kecundang tengah jalan.

Pendapat pemilik nama sebenar Nur Amalina Hayati, 27, menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya sependapat dengannya.

“Betul… kawan saya yang sudah berkahwin selalu mengingatkan nikah apabila bersedia. Sedia berhadapan perkara paling buruk yang bakal terjadi,” ujar netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI