fbpx

7 beranak tidak mampu bayar sewa, tinggal di gazebo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL ZAWANAH menyuap makanan kepada anak-anaknya ketika ditemui di Taman Scientex, Senai, Kulai semalam.

KULAI – Seorang ibu dan enam anaknya yang berusia 14 bulan hingga 14 tahun menjadikan sebuah gazebo milik rakannya sebagai tempat berteduh selepas tidak mampu membayar sewa rumah.

Nurul Zawanah Taslim, 34, berkata, mereka tujuh beranak ibarat seperti gelandangan selepas diminta mengosongkan rumah sewa di Pasir Gudang beberapa bulan lalu.

Wanita itu bernasib baik ke­rana seorang rakan membenarkan dia dan anak-anak tinggal di sebuah pondok di Simpang Renggam, namun hanya bertahan selama dua bulan kerana lokasinya tidak sesuai.

“Saya ambil upah mengurut sambil urus anak-anak. Selepas itu, ada seorang lagi rakan dari Kulai benarkan saya tinggal sementara di gazebonya di tepi kebun cendawan mini miliknya.

“Memang tempat ini sempit, namun saya bersyukur kerana kami ada berteduh daripada panas dan hujan,” katanya ketika ditemui di Taman Scientax kelmarin.

Menurutnya, sejak tinggal di sini, dia masih meneruskan kerja mengurut dan berhasrat untuk mencari tempat tinggal yang le­bih sesuai kerana tidak mahu menyusahkan rakannya.

Wanita yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang urutan berkata, empat anaknya juga tidak bersekolah kerana kesem­pitan hidup.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Senai, Wong Bor Yang memberitahu, pihaknya akan merujuk perkara itu kepada pihak berwajib.

“Saya akan merujuk permasalahan ini kepada agensi berkaitan. Keluarga ini tidak sesuai tinggal di sini untuk tempoh yang lama,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian kepada Nurul Zawanah menerusi akaun Maybank yang bernombor 151240295040.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI