fbpx

Musim Haji: 3,533 jemaah sudah berlepas ke Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul A'Zihar (dua kanan) berbual dengan jemaah haji sebelum bertolak ke KLIA hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Seramai 3,533 bakal jemaah haji negara ini sudah berlepas ke kota suci Madinah melalui 12 penerbangan sewa khas diuruskan pihak Lembaga Tabung Haji (TH).

Pengarah Operasi Stesen Berlepas Sepang, Khairul Azihar Rapar berkata, jumlah itu direkodkan setakat semalam sejak penerbangan pertama pada Ahad lalu.

“Alhamdulillah, sehingga kumpulan penumpang KT12 bertolak malam tadi, segala-galanya berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini berlaku.

“Hari ini, dua lagi kumpulan bakal jemaah melaporkan diri di Kompleks Haji Sepang, Pusat Konvensyen Movenpick, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Khairul Azihar yang juga Pengarah Tabung Haji Negeri Wilayah Tengah berkata, perjalanan hari ini melibatkan bakal jemaah menggunakan pakej swasta.

“Suasana adalah terkawal, malah saya mendapati ahli keluarga yang menghantar jemaah juga berdisiplin dengan patuh kepada arahan petugas meskipun keadaan dilihat agak meriah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI