fbpx

Akibat turutkan nafsu kemaluan pelancong mungkin terpaksa dipotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelancong yang menelan pil Viagra dan berasmara berulang kali dengan isterinya terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Grosseto baru-baru ini. - Getty

ROM, Itali  –   Zakar seorang pelancong Jerman mungkin terpaksa dipotong selepas dia memakan pil perangsang dan berasmara dengan isterinya berulang kali selama 24 jam ketika bercuti di Itali, lapor portal berita MailOnline semalam.

Maraton asmara itu menyebabkan mangsa mengalami kejutan septik.

Lelaki berusia 50 tahun itu berada dalam keadaan serius di sebuah hospital di Grosseto, Itali, selepas berasmara berulang kali.

Media tempatan melaporkan bahawa lelaki itu kemudian berasa sakit dan pergi ke Hospital Misericordia pada 11 Mei lalu dan isterinya dipercayai turut menemaninya bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Lebih seminggu selepas dia mendapatkan rawatan, keadaannya disifatkan sebagai ‘serius’.

Dia kini berada di unit rawatan rapi. Nama pasangan berkenaan tidak didedahkan, menurut media tempatan, lelaki itu mengalami kejutan septik.

Kejutan septik ialah keadaan yang mengancam nyawa dan berlaku apabila tekanan darah turun ke paras rendah serta berbahaya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI