fbpx

Wanita jalan kaki dua jam sambil dukung anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar wanita tersebut berjalan kaki selama dua jam untuk ke Payar Bungor.

PETALING JAYA – Seorang wanita nekad menumpangkan ibu dan anak yang ditemui berjalan kaki di tepi jalan ketika melalui sebuah jalan di Gambang, Pahang.

Menerusi perkongsian Noorjanah Ibrahim di akaun TikTok miliknya berkata, dia yang melalui kawasan tersebut melihat wanita berkenaan berjalan kaki di kawasan hutan sambil mengendong anaknya yang berusia lingkungan setahun.

“Masa ‘on the way’ balik kampung dari Kuantan saja ikut jalan lama. Tiba-tiba jumpa orang dukung anak,” katanya.

Ujar Noorjanah lagi, dia kemudian menyuruh suaminya yang memandu supaya berpatah balik untuk memeriksa keadaan ibu dan anak tersebut.

“Kami dah terlajak minta ‘husband’ patah balik juga sebab tak sampai hati tengok ibu dukung anak. Kiri, kanan hutan. Masa ni dekat Gambang,” ujarnya.

Tambahnya, setelah disoal, wanita tersebut yang merupakan Orang Asli mendakwa telah berjalan kaki selama dua jam untuk ke rumah ibunya.

“Rupanya dia dah jalan kaki 2 jam dari Gambang nak menuju ke Payar Bungor.

“Tanya ‘husband’ mana dia kata dah seminggu ‘husband’ tak pedulikan dia. Jadi dia nekad balik rumah mak dia jalan kaki,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sikap prihatin Noorjanah membantu wanita tersebut dan bersimpati dengan nasib wanita dan anaknya itu.

“Alhamdulillah, Allah hadirkan insan seperti awak. InsyaAllah akan ada balasan dan hikmah daripada pertolongan itu,” kata Mamasahira.

“Ibu, susah macam mana pun anak tu tetap di bawa. Dahlah bawa dalam perut 9 bulan dulu,” ujar Liza Sarudin.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 500,000 tontonan dan 28,400 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI