fbpx

Tiga nelayan warga Indonesia ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot dan nelayan yang ditahan APMM di Kuala Gula, Parit Buntar semalam.

PARIT BUNTAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas A jenis pukat gombang bersama tiga nelayan warga Indonesia di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, kesemua mereka ditahan di kedudukan 5.13 batu nautika barat daya
muara Kuala Gula di sini sekitar pukul 3.20 petang.

“Semasa rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang, pasukan bot peronda APMM telah mengesan bot itu dan ia dirapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemui seramai tiga nelayan warga Indonesia termasuk tekong berumur antara 26 hingga 32 tahun berada di bot,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga nelayan itu memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, namun pas lawatan mereka telah tamat tempoh.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu memiliki lesen, namun tidak diusahakan sendiri oleh pemilik dan tiada kebenaran menggajikan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan serta dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohd. Najhan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia melebihi masa yang telah ditetapkan.

Ujarnya, ia juga disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemilik dan tiada kebenaran menggajikan kru warga asing. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI