fbpx

[VIDEO] Sharnaaz berhak bahagia, Azira Syafinaz doakan yang terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIRA SYAFINAZ mengharapkan yang terbaik buat Sharnaaz dan Amelia.

KUALA LUMPUR – “Sharnaaz berhak bahagia dengan mana-mana wanita pilihannya.”

Demikian respons pelakon juga penyanyi popular, Azira Syafinaz yang tumpang gembira dan mendoakan yang terbaik buat hubungan antara Sharnaaz dan teman baharunya, Amelia Christie.

Azira atau nama sebenarnya, Azira Shafinaz Ramlan berkata, Sharnaaz berhak untuk bahagia dengan siapa sahaja wanita pilihannya.

“Saya doa yang terbaik buat dia (Sharnaaz). Dengan siapapun dia keluar atau berkawan, saya rasa dia berhak untuk bahagia.

“Dia pun seorang ayah dan semestinya, dia ada impian bina keluarga baharu sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online pada acara lawatan media penggambaran filem terbaharu lakonannya, Syerif arahan Syafiq Yusof di Lapangan Terbang Lama, Sungai Besi, di sini, malam tadi.

Azira, 32, memberitahu, tidak pernah terbit rasa iri hati melihat pasangan itu kini semakin serius dalam perhubungan.

“Saya tengok video itu yang mereka pergi malam gala Polis EVO 3 bersama. Okey dan itu bagus buat mereka.

“Saya pun tiada rasa iri hati pun. Saya dengan Sharnaaz pun sekadar berkawan. Sebab itu saya selalu rasa kelakar sebab sejujurnya, saya bukan jenis nak sibuk pasal hal orang.

“Kalau dia ada teman wanita baharu pun, saya okey,” ujarnya yang membawakan watak anggota polis bernama Sha dalam filem Syerif.

Jelasnya lagi, dia dengan Sharnaaz tidak pernah berstatus pasangan bercinta dan apa yang diperkatakan selama ini hanya spekulasi daripada khalayak.

“Saya sentiasa jaga pergaulan. Kalau ada sesuatu yang memerlukan saya untuk berkongsi, saya akan kongsi.

“Perkara itu akan semestinya datang dari bibir saya. Tapi kalau orang lain yang cakap, mungkin mereka hanya berspekulasi atau mereka inginkan yang sebegitu.

“Saya percaya sebagai seorang artis, saya memang tak mampu untuk tutup mulut semua orang (daripada berkata-kata),” ujar Azira.

Sejak 2021, Azira dan Sharnaaz digosipkan bercinta kerana selain rapat di luat set penggambaran, mereka dilihat mesra dan berbalas-balas komen dalam media sosial masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI