fbpx

Selepas disimbah cat, pemilik premis kena ugut pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 12 laporan polis diterima membabitkan 10 premis kereta terpakai dan baharu di daerah Timur Laut sejak 2 Mei lalu.

GEORGE TOWN – Suspek yang terlibat dalam kes menyimbah asid dan cat membabitkan 10 buah premis menjual kereta terpakai serta baharu di kawasan Timur Laut di sini turut melakukan pemerasan terhadap pemilik-pemilik kedai tersebut.

Suspek kini bertindak menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada pemilik dan meminta wang sebanyak RM10,000 daripada mereka.

Sekiranya pemilik premis enggan melunaskan bayaran, suspek sekali lagi mengugut melakukan perbuatan itu semula.

Difahamkan setakat ini, tiada pemilik yang membuat bayaran RM10,000 seperti yang diminta suspek.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya elah menerima 12 laporan membabitkan 10 premis kenderaan baharu dan terpakai yang disimbah asid dan cat sejak 2 Mei hingga 23 Mei lalu.

“Setakat ini, 43 buah kereta dan 18 buah motosikal mengalami kerosakan akibat tindakan khianat suspek dan kerugian dianggarkan sehingga RM60,000.

“Suspek menggunakan motosikal jenis Yamaha 135 LC dan suspek menyasarkan premis menjual kereta dan motosikal, suspek akan pergi ke kedai yang dikenal pasti dan kemudian melempar cat merah.

“Bagi tiga kes terbaharu, suspek menggunakan asid dipercayai peluntur cat lalu membalingnya ke premis-premis yang menjadi sasaran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Perbuatan suspek yang berjaya dirakam.

Dalam pada itu, Soffian berkata, polis telah menerima satu laporan membabitkan sebuah kedai menjual motosikal di Jalan Datuk Keramat di sini yang turut menjadi mangsa perbuatan khianat, kira-kira pukul 10.42 malam semalam.

“Cermin kedai itu didapati retak dan terdapat kesan serpihan tembakan. Kita percaya ini bukan berpunca daripada senjata api, namun suspek dipercayai menggunakan senapang angin.

“Suspek perbuatan khianat ini didapati menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna hitam dan mangsa tidak menerima SMS berbentuk ugutan setakat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI