fbpx

[VIDEO] Sanusi ‘senyum lebar’ hadir LIMA’23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanusi ketika hadir ke majlis pembukaan LIMA’23 semalam.

PETALING JAYA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd. Nor dilihat tersenyum lebar ketika tiba di majlis pembukaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) semalam.

Momen tersebut dikongsikan Pegawai Khas Medianya, Helmi Khalid di TikTok malam tadi.

Menerusi video yang dimuat naik itu, kehadiran Sanusi disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta beberapa barisan kepimpinan lain termasuk pihak yang terlibat dalam LIMA’23.

Dalam pada itu, Sanusi juga dilihat beramah mesra dengan tetamu yang hadir ke majlis pembukaan LIMA’23 semalam.

LIMA’23 dijadualkan berlangsung bermula hari ini sehingga 27 Mei depan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan aksi menakjubkan pelbagai aset pertahanan negara melakukan persembahan udara membuka tirai LIMA’23 hari ini. – KOSMO! ONLINE

@helmikhalid7♬ 10 minutes BGM for light training such as yoga(845880) – kakumaru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI