fbpx

Pertandingan ‘pujuk’ cacing keluar dari tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah peserta mencari cacing tanah yang diadakan di Falmouth, Britain pada hujung minggu lalu. - Foto Greg Martin

LONDON – Satu pertandingan pelik bagi mencari cacing tanah diadakan pada hujung minggu lalu di Falmouth, Britain, lapor portal berita Daily Star semalam.

Kejohanan Mencari Cacing Falmouth itu turut mencatat rekod baharu  apabila para peserta berjaya menangkap 260 ekor cacing.

Peserta-peserta menggunakan alat muzik, peralatan taman, tarian dan peralatan lain  untuk ‘memujuk’ cacing keluar ke permukaan tanah.

Usaha pada tahun ini dengan mudah mengatasi bilangan cacing yang berjaya dibawa keluar berbanding tahun lalu.

Pada 2022, hanya seekor makhluk tidak bertulang tersebut berjaya ditemui, lapor akhbar CornwallLive.

Pertandingan aneh itu diwujudkann oleh seorang artis seni, Georgia Gendall pada 2021 sebagai Kejohanan Mencari Cacing Penryn di England tetapi berpindah ke Falmouth pada tahun berikutnya.

Sebuah pasukan berjaya mencari  20 ekor cacing dalam masa 30 minit sekali gus mencipta rekod baharu untuk kejohanan itu di Falmouth.

Walaupun jumlah yang mengagumkan itu diperoleh, ia masih gagal untuk mengalahkan rekod dunia semasa yang dibuat oleh Sophie Smith, 20, dari Willaston, Cheshire yang mendapat 567 ekor cacing tanah ketika kejohanan dunia diadakan di Britain pada 2009. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI