fbpx

Pengkalan Kota paling padat penduduk – DOSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kota, Pulau Pinang merupakan DUN terkecil dengan kepadatan penduduk tertinggi iaitu 21,061 orang bagi setiap kilometer (km) persegi.

Menurut Statistik Subnasional DUN 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini berkata, ia diikuti, Pandan Indah dengan 14,686 orang penduduk manakala Sungai Pinang dengan 13,851 orang penduduk dalam setiap km persegi.

Katanya, tiga DUN yang mempunyai keluasan terbesar iaitu Baleh, Sarawak dengan keluasan sebanyak 11,607 km persegi, diikuti Belaga, Sarawak (11,579 km persegi) dan Kuamut, Sabah dengan (10,954 km persegi).

Mengikut statistik, tiga DUN yang mempunyai anggaran jumlah penduduk pertengahan tahun tertinggi di Malaysia pada tahun lalu ialah Kota Iskandar, Johor iaitu sebanyak 310,900 orang, Selangor di Kota Anggerik (294,500 orang) dan Bukit Lanjan (290,500 orang).

“Dua DUN di Pulau Pinang merekodkan jumlah penduduk terendah iaitu di Padang Kota (5,900 orang) dan Komtar (7,800 orang),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi komposisi populasi mengikut kumpulan etnik utama, DOSM berkata tiga DUN di Terengganu mempunyai penduduk Bumiputera tertinggi iaitu Manir, Permaisuri dan Langkap iaitu 99.9 peratus.

“Manakala kumpulan etnik Cina pula mendominasi Batu Lancang, Pulau Pinang (85.2 peratus), Pasir Pinji, Perak (81.3 peratus) dan Pelawan, Sarawak (81.1 peratus).

“Kumpulan etnik India pula mendominasi Buntong, Perak iaitu 49.6 peratus, Sentosa, Selangor (38.0 peratus) dan N.22 Jalong, Perak (30.7 peratus),” jelasnya.

Katanya, bagi komposisi penduduk mengikut kumpulan umur pula, penduduk muda berusia 0 hingga 14 tahun mendominasi DUN N.17 Bukit Katil, Melaka (45.0 peratus) manakala orang berusia 15 hingga 64 tahun paling tinggi di Pauh, Perlis (83.0 peratus).

“Manakala 65 tahun dan ke atas tertinggi iaitu di Sungai Air Tawar sebanyak 25.1 peratus,” katanya.

Bagi fasiliti pendidikan, bilangan sekolah rendah dan menengah tertinggi direkodkan adalah di Sook, Sabah dengan 41 buah sekolah rendah manakala sekolah menengah di Permas, Johor iaitu 12 buah sekolah.

Sementara itu, fasiliti kesihatan, Mulu, Sarawak mencatatkan klinik kesihatan tertinggi iaitu sebanyak 13 buah klinik.

“Dua DUN di Selangor dan dua DUN di Borneo pula masing-masing merekodkan sebanyak dua buah hospital kerajaan yang terletak di Paya Jaras dan Dengkil manakala dua DUN di Borneo iaitu Api-Api di Sabah dan Stakan, Sarawak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI