fbpx

Pengemis campak duit sedekah ‘berselotep’, alasan tak lepas masuk ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pengguna Facebook, Ayla berkongsi satu situasi di mana terdapat pengemis yang menolak wang sedekah pemberiannya gara-gara wang tersebut ‘berselotep’.

Lebih mengejutkan wanita itu, alasan yang diberi oleh individu terbabit adalah kerana wang berkenaan sukar untuk disimpan di dalam bank melalui mesin ATM.

“Pengemis sekarang…duit ada selotep dia tak nak katanya tak boleh masuk mesin, siap minta duit kertas lain.

“Bila cakap itu sahaha yang ada dia siap campak ke meja kita lagi dan beralih ke meja lain pula untuk mengemis.

“Terkedu kejap kita ini,” luahnya menerusi kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyifatkan golongan peminta sedekah ini sombong dan terlalu memilih.

“Ada juga yang bila kita bagi RM1, boleh ditanya lagi mana cukup saya nak beli air sebotol pun, bagi la lebih. Amboi kita nak sedekah dia pula nak tentukan nilainya,” kongsi Azalia.

“Betul, ramai pengemis ni macam ‘kaki samseng’ muka pun tak ada senyum, tak ada nak cakap terima kasih bila orang hulur sedekah pada mereka, kadang geram sahaja,” kata pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI