fbpx

Pemuda ‘ligat’ curi pakaian di ampaian penghuni flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV yang tular di media sosial

PETALING JAYA – Tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi seorang pemuda didakwa mencuri pakaian penghuni flat yang disidai di ampaian.

Rakaman yang dimuat naik oleh pengguna Facebook itu mula tersebar di platform WhatsApp dan juga Twitter.

Dalam menjayakan misi ‘mencuri’ itu, pemuda terbabit dilihat membawa sebuah beg ‘tote’ berwarna hijau untuk disorokkan pakaian yang dicuri.

“Pencuri! Ada siapa-siapa kenal ke? Pakai beg hijau mungkin ‘rider’. Dia tak perasan ada kamera tu,” tulis pengguna tersebut menerusi ruangan kapsyen hantarannya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Setia Indah, Johor Bahru, Johor baru-baru ini dan antara barangan yang dicuri adalah singlet dan tudung.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna Facebook tersebut memaklumkan laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.

“Laporan polis dah dibuat, yang ducuri singlet dan tudung. Entah apa nak dibuat tak tahulah, harap bukan untuk ilmu hitam ke apa.

“Memang bagus buat laporan polis, kita tapis orang-orang kurang siuman macam ini untuk tidak terlepas ke masyarakat setempat,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI