PETALING JAYA – Seorang pemandu bas dipuji berikutan sikap amanahnya yang memulangkan semula beg seorang penumpang yang tertinggal dalam perjalanan baru-baru ini.
Menerusi hantaran Facebook Kapit Bus Express menceritakan pekerja bas syarikat tersebut berjaya menghubungi penumpang terbabit.
“Penumpang yang dikenali Encik Wellington tertinggal beg dalam bas.
“Encik Dian iaitu pemandu kami terjumpa beg di bahagian tempat duduk penumpang, segera membawa beg itu ke kaunter dan meminta saya terus menghubungi pemilik beg itu,” katanya.
Menurutnya, sejurus sahaja menghubungi penumpang itu dengan bantuan sistem syarikat, akhirnya beg tersebut dapat dipulangkan pada pemilik di kaunter tiket Sibu.
Encik Wellington (pemilik) memuji sikap kejujuran pemandu syarikat itu.
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut memuji sifat jujur dan ketelusan pemandu memulangkan beg tersebut.
“Terbaiklah pak cik, susah nak jumpa orang yang jujur dan amanah sekarang ini,” komen Yusha Haiqal.
“Hamba tuhan yang baik, kalau orang lain yang terjumpa beg tu dalam bas, tak tahu lah apa yang jadi,” kata Ruida.
“Satu dalam seribu, terbaik tuan Dian, semoga rezekimu melimpah ruah,” doa Eleni Hurang.
Perkongsian meraih 60,300 kesukaan dan 577 perkongsian. – KOSMO! ONLINE