fbpx

Peluang Zii Jia tamatkan kemarau kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA tampil konsisten ketika membantu skuad negara melangkah ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman di Suzhou, China baru-baru ini.

PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dilihat berada dalam kondisi terbaik menjelang Kejohanan Badminton Malaysia Masters yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula hari ini hingga Ahad depan.

Pemain No.8 dunia itu menampilkan aksi cukup konsisten ketika membantu skuad badminton negara melangkah ke pusi­ngan separuh akhir pada saingan Piala Sudirman di Suzhou, China baru-baru ini.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann berkata, Zii Jia sentiasa menampilkan aksi terbaik pada kejohanan itu termasuk berjaya menewaskan beberapa nama-nama besar.

“Kali ini, Lee Zii Jia memang pamerkan permainan yang sa­ngat stabil dan bagus di mana dia berjaya mengatasi beberapa pemain bintang seperti K. Srikanth dari India serta pemain Taiwan, Chou Tien Chen.

“Tugas Zii Jia bukan mudah kerana dia pikul tanggungjawab cukup besar tetapi dia bermain dengan tenang. Selain itu, dia juga bawa semangat kepada pasukan kita di Piala Sudirman,” katanya.

Pada aksi pusingan pertama Malaysia Masters, Zii Jia yang juga bekas juara Asia dijadualkan bertemu pemain China, Lu Guang Zu, iaitu pemain yang pernah menewaskannya di Terbuka Australia hujung tahun lalu.

Sementara itu, Choong Hann juga memuji aksi ditampilkan perseorangan wanita profesional, Goh Jin Wei yang melakar sensasi apabila menewaskan bekas juara dunia, P.V. Sindhu ketika membantu Malaysia menewaskan India 5-0.

“Jin Wei boleh dianggap sebagai pemain bintang untuk kita semasa bertemu India di mana dia mengesahkan kemenangan Malaysia. Selain itu, semangat dia juga berikan keyakinan kepada pasukan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI