fbpx

Mahkamah: Pemilik kelab komedi Crackhouse dibenar cabar DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelab komedi Crackhouse.

KUALA LUMPUR – Kelab komedi Crackhouse dibenar oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menarik balik lesen perniagaan dan melarang dua pemiliknya mendaftar sebarang perniagaan di ibu negara, seumur hidup.

Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan kedua-dua pemilik kelab, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R. Santhiram untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan tersebut.

Mahkamah yang mendengar permohonan itu secara dalam kamar hari ini menetapkan 6 Jun ini bagi pengurusan kes.

Dalam semakan kehakiman, kedua-duanya menamakan DBKL, bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah, bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Kementerian Wilayah Persekutuan dan kerajaan sebagai responden.

Sementara itu, peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili kedua-dua pemohon ketika ditemui wakil media selepas prosiding itu memaklumkan, pihaknya menggugurkan tiga responden yang sebelum ini dinamakan dalam permohonan itu.

Ketiga-tiganya ialah bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Malaysia.

Sangeet memaklumkan, tindakan saman itu tidak melibatkan ketiga-tiga responden kerana keputusan itu dibuat oleh datuk bandar manakala pengumumannya disiarkan melalui akhbar oleh timbalan menteri.

“Pengumuman itu tidak syak lagi dibuat oleh timbalan menteri (ketika itu) dan diterbitkan dalam akhbar namun keputusan tersebut bukan dibuat olehnya (tinbalan menteri),” Sangeet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI