fbpx

Limpahan air kitar semula plastik cemar Sungai Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kilang kitar semula yang disyaki menyebabkan pencemaran

SHAH ALAM – Limpahan air proses kitar semula plastik sebuah kilang dipercayai punca menyebabkan pencemaran di lembangan Sungai Langat semalam.

Perkara itu dikesan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang menerima maklumat orang awam mengenai insiden pencemaran melibatkan beberapa premis di sekitar Kampung Sesapan Kelubi, Beranang, kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, permasalahan kualiti air itu berpotensi memberi gangguan kepada operasi Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih.

Katanya, LUAS mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi menjalankan siasatan secara menyeluruh di kawasan tersebut.

“Pemeriksaan mendapati ada aliran yang berpotensi menjejaskan kualiti Sungai Kabul yang berada 200 meter dari lokasi berkenaan. Selain efluen mengalir keluar dari sebuah premis, terdapat air berbau di kawasan itu dan tiada sistem pengumpulan air sisa yang disyaki dilepaskan ke kawasan sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Loy Sian, LUAS mengeluarkan Surat Arahan di bawah Seksyen 121 (1) Enakmen LUAS 1999 kepada premis itu bagi menghentikan pelepasan efluen secara serta merta dan kertas siasatan insiden itu dibuka mengikut Seksyen 79(1)(c) Enakmen LUAS 1999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI