fbpx

Kilang alat ganti kereta musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kilang alat ganti kereta yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Taman Perindustrian Batu Caves, di sini, hari ini.

GOMBAK – Sebuah kilang alat ganti kereta musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran di Taman Perindustrian Batu Caves, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3.17 petang.

Ujarnya, sebanyak 24 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Rawang, BBP Sungai Buloh, dan BBP Petaling Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kilang alat ganti kenderaan berkeluasan 15,000 kaki persegi, bangunan kelas A.

“Anggaran terbakar 100 peratus. Terdapat seorang mangsa cedera di tangan dan dirawat oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hafisham lagi, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 4.07 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI