fbpx

Ketua kampung temui ajal ketika menari dangdut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mulyono dikatakan terlalu letih kerana mempunyai jadual padat sepanjang hari. – Istimewa

JAKARTA –  Seorang ketua kampung di Jember, wilayah Jawa Timur menemui ajal ketika menari dangdut di atas pentas dalam satu acara setempat, lapor laman berita Merdeka hari ini.

Berdasarkan klip video dikongsikan di laman Instagram, lelaki bernama Mulyono itu dilihat sedang menari dan menyanyi bersama penyanyi wanita dalam kejadian pada malam kelmarin.

Ketika sedang asyik menyanyi, dia tiba-tiba rebah.

“Dia lantas dibawa ke hospital sejurus kejadian, namun akhirnya disahkan meninggal dunia,” kata Ketua Polis Ambulu, Asisten Komisioner Polis Suhartanto.

Tambah Suhartanto, arwah meninggal dunia kerana terlalu letih selepas menjalani aktiviti padat sepanjang hari.

Menurutnya, Mulyono menghadiri majlis bersama polis pagi kelmarin sebelum pergi ke rumah saudaranya di Banyuwangi pada waktu tengah hari.

Pada waktu malam, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu memenuhi undangan acara dangdut yang diadakan penduduk setempat.

Majlis itu diadakan bagi meraikan seorang penduduk yang melayakkan diri dalam satu pertandingan dangdut terbitan sebuah stesen televisyen di Jakarta.

“Arwah mahu menghargai penduduk tersebut dan menyambut kepulangannya agar dia berbesar hati walaupun tersingkir pada episod seterusnya,” kata Suhartanto. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI