NAMA penyanyi Korea Selatan, Jisoo terus kukuh, malah turut mencatat sejarah peribadi apabila menerima sijil Hall Of Fame daripada Melon iaitu platform muzik terbesar Korea Selatan.
Pengiktirafan tersebut diraih menerusi kejayaan album sulungnya berjudul Me yang mendapat maklum balas luar biasa. Tidak hairan, Jisoo, 28, memasuki senarai antara artis solo terbesar dekad ini.
Kejayaannya bermula dengan lagu popular, Flower yang mengungguli penstriman terbesar di Korea Selatan.
Penyanyi yang juga anggota kumpulan Blackpink itu mendapat Anugerah Pertunjukan Muzik Terbanyak tahun ini bawah kategori penyanyi solo K-pop.
Pengiktirafan tersebut membuktikan kerja keras dan dedikasinya terhadap muzik solo melonjak populariti dan kejayaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.