fbpx

Emraz komited selesai tuntutan jemaah umrah terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkarnain.

PUTRAJAYA – Emraz Travel and Tours Sdn. Bhd. (Emraz) sedang mengemas kini jadual umrah dan pembayaran balik kepada bakal jemaah yang terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zulkarnain Endut berkata, proses itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan ia boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat jika jemaah yang terlibat turut memberi kerjasama kepada syarikat.

Beliau berkata, pihaknya turut meminta jemaah supaya hanya merujuk kepada syarikat untuk mendapatkan info yang sahih berkaitan isu yang dihadapi ketika ini.

“Emraz komited memastikan mereka yang terlibat mendapat semula wang mereka,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata, beliau menafikan dakwaan kononnya Emraz akan menutup operasinya seperti mana tular di media sosial.

“Baru-baru ini, pihak syarikat bertindak menghantar semula jemaah ke Tanah Suci sebagai langkah memulihkan semula perkhidmatannya dan mengembalikan kepercayaan pelanggan selepas berdepan dengan isu beberapa bulan lalu.

“Emraz telah membuat dua penerbangan sebelum ini iaitu pada 15 dan 19 Mei lalu bagi menilai sendiri kos pengurusan jemaah dapat dilakukan dengan jumlah operasi yang lebih kecil berbanding sebelum ini.

“Seramai 82 jemaah telah diterbangkan dalam dua trip pemulihan yang dilaksanakan itu dan diharap agar pemulihan operasi dapat dilaksanakan selepas musim umrah yang akan dibuka selepas musim haji,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN