fbpx

Elak terkandas di KLIA, jemaah disaran semak status perjalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Semua bakal jemaah haji yang bakal mengerjakan ibadah itu disarankan untuk menyemak status perjalanan sebelum berlepas ke Tanah Suci bagi mengelakkan perjalanan terbatal akibat kegagalan melunaskan tunggakan cukai.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkata, semakan itu boleh dibuat bakal jemaah haji dengan cara melayari laman sesawang Jabatan Imigresen iaitu https://sspi.imi.gov.my.

“Cawangan Pemeriksaan Penumbang JKDM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) dengan kerjasama Jabatan Imigresen KLIA telah mewujudkan pasukan bantuan di Movinpick dan kaunter perlepasan sekiranya ada sekatan perjalanan.

“Sekiranya ada sekatan kes, mereka boleh berhubung dengan pasukan bantuan yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pasukan bantuan itu terdiri daripada Abd.Jalil Mat Zain (019-2557349), Nur Fadhilah Saudi (014-9651741), Rasha Afzal Shafii (019- 3084758) dan Nik Ahmad Wafi (016-2057400) atau di negeri kes tersebut berlaku.

Katanya, pasukan bantuan akan sedia membantu bagi kes sekatan perjalanan 24 jam sepanjang tempoh penerbangan haji mulai 21 Mei sehingga 21 Jun 2023.

“Selain itu, perlepasan sekatan perjalanan akan diberikan mengikut dasar dan atas pertimbangan yang wajar,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI