fbpx

Brighton lakar sejarah ke pentas Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE ZERBI

LONDON – Kemenangan 3-1 ke atas Southampton kelmarin memastikan rekod baharu buat Brighton untuk layak ke pentas Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab itu.

Ketika ini, Brighton hanya menanti penuh sabar untuk menentukan pertandingan yang bakal dihadapi mereka musim depan, sama ada Liga Europa ataupun Liga Konfe­rensi Eropah.

“Luar biasa dan ini adalah salah satu hari terbaik dalam karier saya. Sudah pasti saya bangga untuk melatih pasukan ini di mana saya juga yakin daripada detik awal pasukan berhak untuk layak ter­utamanya selepas harungi detik mencabar.

“Kami hilang ramai pemain ekoran kecederaan, namun pada akhirnya kami mampu melakukan sesuatu untuk rea­lisasikan target,” kata pengurus Brighton, Roberto De Zerbi.

Pada perlawanan itu, Evan Ferguson meledak dua gol di­ikuti satu jaringan Pascal Gross, manakala jaringan saguhati Southampton terhasil daripada Jan Bednarek.

De Zerbi juga merasakan pencapaian ini adalah permulaan buat Brighton dan semua orang dalam kelab harus memastikan persaingan lebih baik bagi memastikan pasukan mampu beri cabaran.

“Sekarang adalah detik pen­ting buat kelab kerana semua ini bukan untuk Roberto, bukan untuk pemain tetapi semuanya untuk pasukan. Jadi kami perlu kekalkan tahap sekarang dan harus bina skuad lebih baik kerana saya percaya pengerusi kelab, Tony Bloom tidak mahu kami alami kekalahan di pe­ringkat Eropah.

“Kami perlu bekerja keras pada jendela perpindahan nanti, begitu juga dengan kerja-kerja sedia ada. Adalah normal untuk meraikan kejayaan sekarang tetapi kami masih ada kerja untuk baiki kualiti pasukan,” kata De Zerbi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI