fbpx

Aksi menakjubkan persembahan udara buka tirai LIMA’23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertunjukan udara sempena pembukaan LIMA'23 secara rasmi, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

LANGKAWI – Aksi menakjubkan pelbagai aset pertahanan negara melakukan persembahan udara membuka tirai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) di sini hari ini.

Pembukaan pameran berprestij itu disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Turut bersama ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Mohamad (empat dari kiri) dan Anthony Loke (tiga dari kiri) bersama Muhammad Sanusi (dua dari kiri) menyaksikan pertunjukan udara sempena pembukaan LIMA’23 secara rasmi, hari ini. – Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

Dalam acara pembukaan itu, sebanyak 36 pesawat menampilkan persembahan udara mengagumkan yang disaksikan lebih 2,000 penonton di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Antara pesawat terlibat adalah pesawat pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Sukhoi SU-30MKM, Hornet F/A18-AD dan Hawk 108/208 serta pesawat pengangkut jenis A400M dan C-130H.

Antara pertunjukkan pada pembukaan rasmi LIMA’23 di Langkawi hari ini. – Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

Penonton berpeluang melihat pelbagai formasi mengujakan selain pesawat terbang rendah dan letupan bom pada akhir persembahan.

Pertunjukan itu kemudian diikuti pertunjukan udara pasukan aerobatik Black Eagles dari Korea Selatan, Jupiter (Indonesia), Russian Knight (Rusia), August 1st (China) dan Fursan Al Emarat (Emiriah Arab Bersatu). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI