fbpx

8 barangan dikawal sempena Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai berkuatkuasa selama tujuh hari masing-masing bermula pada 27 dan 29 Mei melibatkan lapan jenis barangan.

Katanya, skim berkenaan dilaksanakan tiga hari sebelum, semasa dan selepas perayaan.

“Bagi Pesta Kaamatan melibatkan kepak ayam, cili kering leper, daging kerbau import (India), bawang kecil merah (India), bawang putih (China), babi hidup (Harga maksimum di peringkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

“Hari Gawai melibatkan barangan seperti ayam tua hidup, kepak ayam, bawang putih (China), kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), ubi kentang Import (China), babi hidup (Harga maksimum di peringkat ladang sahaja), daging babi (perut), dan daging babi (daging dan lemak),” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Jelasnya, senarai barangan paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan skim ini ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti cuaca, ekonomi global, kadar tukaran wang asing, kadar upah dan permintaan serta penawaran.

“Selain itu, penentuan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi kerajaan dan pemain-pemain industri,” ujarnya.

Ujarnya, hasil analisa dan pemantauan semasa oleh pihaknya mendapati sekiranya barangan tersebut tidak di kawal, harga barangan tersebut dipercayai akan berada di paras harga yang lebih tinggi.

Salahuddin juga berkata, pegawai penguat kuasa KPDN juga akan ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani, pasar tamu dan pusat membeli-belah barangan keperluan sepanjang musim perayaan ini.

“Jika peniaga tidak mematuhi undang-undang tersebut pengguna boleh melaporkan kepada KPDN melalui Whatsapp 019-279 4317 / 019-848 8000, portal aduan e.aduan.kpdn.gov.my atau menggunakan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN termasuk menghantar emel ke [email protected] serta talian 1-800-886-800,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI