PETALING JAYA – Seorang warga emas berusia 107 tahun meraih rasa kagum orang ramai dengan bakat silat yang dimiliki.
Menerusi perkongsian Rara Aina di TikTok, warga emas yang dikenali sebagai Bonda Moksu dari Kelantan itu dipercayai merupakan seorang bekas guru silat.
“Siapa kenal Bonda Moksu Pantai Sabak. Umur 107 tahun tapi masih sihat lagi,” ujarnya pada kapsyen.
Perkongsian tersebut meraih keterujaan orang ramai ekoran warga emas tersebut kelihatan masih sihat dan bertenaga ketika melakukan pergerakan silat.
“Aku yang umur 18 ni sakit belakang, sendi dan lutut. Dah la setiap kali sujud atau rukuk tulang bunyi patah seribu,” kata seorang pengguna.
“107 tahun tu mengikut kad pengenalan. Kalau org dulu-dulu lambat buat kad pengenalan mungkin lebih pada tu umur bonda,” komen Yie Albab.
“Lancar ja pergerakan dia. Sekarang ni umur 40 dah berkeriuk tulang-temulang,” komen Britannea.
“Orang dulu-dulu banyak makan sayur-sayuran. Tak makan makanan segera, berproses,” komen Amyshazreen.
Video tersebut berjaya meraih sebanyak 3,385 komen sejak ia dikongsikan semalam. – KOSMO! ONLINE
@nikfarahaina Bonda Moksu… umur dah 107 tahun masih sihat lagi… kita msuk umur 30 pn dah nyanyuk hahaha #gurusilat #bondamoksu #kelantan #matkilau #tokjanggut #tokkenali #sabakkelantan #fypシ #fypシ゚viral ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir