PELAKON Shin Ye-eun meluahkan rasa kesal apabila tidak sengaja menghilangkan hadiah istimewa daripada peminatnya.
Selepas menyedari kehilangan hadiah berupa set fon telinga (airpods), aktres jelita itu terus menghantar surat peribadi dalam platform Bubble.
“Saya minta maaf, set fon telinga yang awak berikan sebelum ini hilang.
“Selepas pulang dari Hawaii, saya terus mencari dan bertanya orang sekeliling jika ternampak.
“Bukan itu sahaja, saya juga berkali-kali mengemas rumah dan tanyakan kepada ibu bapa jika saya tertinggal di rumah mereka,” katanya.
Permohonan maaf dalam talian dibuat atas rasa bersalah jika si pemberi hadiah datang bertanyakan mengenai set fon telinga tersebut.
Dia juga meminta peminat itu tampil jika terasa atau kecewa denganya.