fbpx

Sampai hari ini saya tak makan pisang – Tiz Zaqyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIZ ZAQYAH tidak selesa dengan fikiran kotor segelintir lelaki tentang wanita yang makan pisang depan khalayak ramai.

PETALING JAYA – Pelakon Tiz Zaqyah mengakui berasa ‘malu’ untuk menikmati buah pisang di tempat awam disebabkan pemikiran kotor segelintir lelaki.

Menerusi Twitter, Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abd. Razak berkata, sehingga hari ini dia tidak berani makan buah tersebut.

“Sampai ke hari ini saya tak makan buat pisang di tempat awam disebabkan pemikiran kotor segelintir orang,” ciap pelakon berusia 35 tahun itu dalam nada berbaur geram.

Pelakon drama rantaian Nur itu bersetuju dan mengulang ciap tweet seorang pengguna Twitter yang selalu berdepan dengan situasi menikmati buah-buahan tersebut sering disalah erti segelintir orang berfikiran kotor.

“Penatlah bila orang nak ‘sexualise’ (kaitkan) makanan dengan aktiviti seks.

“Tengok perempuan makan ais krim, kau fikir seks. Tengok kami makan siput sedut, kau fikir seks.

Small small not mapuh (kecil kecil tak nak mampus). Boleh tak kalian biarkan kami nikmati makanan dengan aman,” ciap individu terbabit.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter lain mengulang ciap pendapat dilontarkan Tiz dengan menulis: “Kalau terpaksa makan ais krim di tempat awam, saya pilih ais krim yang ada sudu atau pun gigit ais krim itu dan tak jilat.

“Kalau pisang pula, akan patahkannya makan sikit-sikit berbanding makan seperti biasa.” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI