fbpx

Remaja didakwa rogol gadis 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG remaja lelaki mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang gadis bawah umur di Kampung Sri Muar, Sri Murni Jaya, Layang-Layang, Kulai, tahun lalu di Mahkamah Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang gadis bawah umur di Kampung Sri Muar, Sri Murni Jaya, Layang-Layang, Kulai, tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 18 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol mangsa yang merupakan remaja bawah umur tanpa kerelaannya di belakang kediaman mangsa, pada pukul 3.30 petang, tahun lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan juga sebatan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan tarikh 26 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin dan Nur Farah Wahida Shahudin, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohammad Muzammil Mohammad Hairiri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI