fbpx

Air mata pesara mengalir dapat tunai haji, tunggu sejak 2008

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman dan Jamilah ketika ditemui di Hotel Sana al-Madinah di Madinah semalam.

MADINAH – Kumpulan jemaah haji pertama yang tiba di Madinah hari ini melahirkan rasa syukur apabila akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas menunggu sejak ­sekian lama untuk mendapatkan giliran menunaikan rukun Islam kelima itu.

Pesara kerajaan, Abdul Rahman Ibrahim, 62, berkata, dia dan isteri, Jamilah Turiman, 56, telah menunggu sejak 2008 untuk bersama-sama menunaikan Rukun Islam Kelima itu.

Pasangan dari Pokok Sena, Kedah itu berkata, dia telah membuat simpanan begitu lama untuk digunakan bagi menunaikan haji sekiranya mendapat tawaran.

“Sebaik tahu dipilih sebagai jemaah haji kira-kira dua bulan lalu, saya menjadi sebak dan menangis kerana hajat kami akhir­nya telah ditunaikan. Kami tahu selepas dihubungi Tabung Haji (TH).

“Saya berjanji akan menjaga kesihatan dan mengikut nasihat doktor termasuk mengambil ubat yang dibekalkan bagi me­ngawal sakit jantung dan darah tinggi kami suami isteri,” katanya ketika ditemui di Hotel Saja Al-Madinah di sini semalam.

Menurut Abdul Rahman, dia telah membuat persiapan sejak sebulan lalu sebelum berangkat dengan mengikuti kursus dan membeli peralatan untuk mengerjakan haji.

Tambahnya, ini merupakan kali pertama mereka mengerjakan haji dan tidak mempunyai masalah menggunakan telefon pintar bagi mendapatkan maklumat menerusi kumpulan Whats­App yang dibentuk oleh TH.

Sementara itu, dua beradik, mahasiswa Universiti Teknologi Mara, Sarif Mohd. Danial Sarif Rosli, 22, dan lepasan Sijil Tinggi Pendidikan, Sarif Mohd. Nor Adam, 20, antara bakal haji muda yang tiba di sini.

Sarif Mohd. Danial dari Jitra, Kedah melahirkan rasa syukur kerana terpilih menjadi tetamu Allah dalam usia muda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI