fbpx

Pengantin jadikan tiket Coldplay sebagai mas kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan situasi majlis perkahwinan tersebut. - Twitter

JAKARTA –  Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi akad nikah sepasang pengantin yang menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @idwantscoldplay.

Seorang pengantin lelaki kelihatan berjabat tangan dengan bapa pengantin perempuan dalam satu majlis perkahwinan yang dihadiri ramai tetamu jemputan.

“Saya nikahkan dan kahwinkan kamu dengan anak kandung saya Anastasya Ayu Widiadana dengan mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat dan tiket Coldplay dibayar tunai,” kata bapa pengantin perempuan. 

“Saya terima nikahnya Anastasya Ayu Widiadana binti Ahmad dengan mas kahwin tersebut tunai,” jawab pengantin lelaki.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ini kalau gagal membeli tiket kelmarin, adakah perkahwinan dibatalkan?” komen seorang netizen.

“Saya tidak cemburu, saya tidak cemburu, saya tidak cemburu,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI