fbpx

MotoGP: Yamaha anggap peluang masih ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO masih belum menemui rentak dengan jentera baharunya menyebabkan dia mahu menggunakan pelarasan dua tahun lalu ketika muncul juara dunia. – AFP

LONDON – Pengarah Urusan Yamaha Racing, Lin Jarvis dilihat tidak gembira dengan beberapa kritikan ‘pedas’ yang menyatakan pasukan itu tiada harapan untuk bangkit selepas bergelut dengan prestasi jentera 2023 mereka.

Secara teknikal, projek pembangunan jentera Yamaha tidak berjalan seperti yang diharapkan pada perlumbaan Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas pelumba harapannya Fabio Quartararo masih gagal menemukan rentak terbaik bagi membantunya bergelar juara.

Meskipun terdapat peningkatkan ketara pada kuasa enjin se­perti yang diharapkan oleh juara dunia 2021, namun ia mendatangkan masalah baharu dan mengakui jentera 2023 itu lebih sukar untuk dikawal.

Quartararo seakan-akan hilang sabar dan pelumba kelahiran Perancis tersebut menuntut pasukannya kembali menggunakan data dan pelarasan dua tahun lalu.

Jarvis menegaskan, ketika ini mereka bersaing dengan masa dan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat yang mungkin.

“Ia bukan seperti keadaan yang tiada harapan, tetapi ia agak sukar sekarang. Sejak kami menambah baik enjin, kami melihat kelemahan di sektor lain. Ini adalah masa yang sukar bagi kami.

“Kami perlu menyelesaikan isu ini secepat mungkin. Tetapi, ia bukan sesuatu yang boleh anda lakukan dalam tempoh seminggu atau dua minggu. Kami perlukan rancangan yang baik dan berjuang untuk keluar daripada masalah ini.

“Pastinya anda akan mempunyai pasang surut dalam perlumbaan. Jangan lupa kami pernah memenangi kejuaraan dunia dua tahun lalu. Tahun lepas kami berada di kedudukan kedua. Jadi, kami tidak berputus asa dan akan melakukan terbaik,” kata Jarvis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI