fbpx

Mega Spontan kembali, lebih gamat!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM komedi Mega Spontan (dahulu dikenali sebagai Lawak Spontan) kembali lebih meriah selepas lima tahun direhatkan. – M. Firdaus

LIMA tahun tidak bersiaran, program berteraskan permainan lawak secara improvisasi, Lawak Spotan kini kembali dengan penjenamaan baharu dengan judul, Mega Spontan kembali menceriakan saluran Astro Warna dengan kemeriahan berganda.

Merebut gelaran Raja Kerajaan Takhta Nusantara, rancangan dengan kerjasama KLPOST tersebut membariskan persaingan empat kumpulan yang mewakili ‘kerajaan’ yang pernah terkenal di Nusantara satu ketika dahulu iaitu Srivijanda, Langkataksuka, Majakelat dan Campaktakjauh.

Pengurus Saluran Astro Warna, Idlan Zahari berkata, sejajar perkembangan semasa serta ingin menyajikan permai­nan berskala besar, format kali ini diubah secara keseluruhan.

“Buat julung kali, kami membuka penyertaan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai bakat lawak selain membariskan wajah baharu dalam industri hiburan yang belum pernah meneroka dunia komedi.

EDISI baharu Mega Spontan memperkenalkan konsep serta beberapa segmen baharu yang memantapkan lagi permainan.

Mentor

“Kombinasi peserta termasuk barisan pelawak yang sudah menempa nama dalam arena ini pastinya akan memberikan persembahan yang melangkaui jangkaan penonton,” katanya usia pelancaran Mega Spontan, baru-baru ini.

Musim baharu menyaksikan kemunculan pelawak ‘otai‘ iaitu Zizan Razak, Sabri Yunus dan Douglas Lim serta pelakon versatil Kamal Adli yang akan tampil sebagai mentor.

Menurut Idlan, edisi musim ini memperkenalkan mentor bagi setiap kumpulan yang membantu strategi ‘anak buah’ yang diwakili serta memberi komen kepada persembahan setiap kumpulan termasuk dalam persaingan Battle Royale.

Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki pula kali ini menggegarkan permainan lawak itu sebagai Game Master, manakala Sherry Alhadad dibantu Amir Raja Lawak sebagai pengacara.
Game Master menentukan peraturan setiap permainan dan berkuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan tercorot serta pemberian imuniti kepada pemain mahu pun kumpulan.

Seramai 20 pemain akan dibahagikan kepada empat buah kumpulan termasuk Roy Azman, Datuk Jalaluddin Hassan, Mark Adam, Atu Zero, Joey, Adlin Aman Ramli, Ramona Zam Zam dan Aya ­Amiruddin.

Wajah baharu yang buat pertama kali muncul dalam hiburan komedi ini terdiri daripada Naim Daniel, Farahdhiya, Noreen Iman, Fadhli Masoot serta ratu cantik, Sanjna Suri.
Mega Spontan dijadualkan berlangsung selama lapan minggu dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107), bermula 19 Mei lalu.

SABRI Yunus, Douglas Lim, Zizan Razak dan Kamal Adli bertanggungjawab sebagai mentor bagi membimbing kumpulan yang bertanding dalam Mega Spontan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI