fbpx

Lebih baik buat korban daripada beli tiket Coldplay – netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meme tersebut menyeru umat Islam agar mengutamakan ibadah korban berbanding membeli tiket konsert Coldplay. – Instagram

JAKARTA – Harga tiket konsert kumpulan rock popular, Coldplay yang mahal mencetuskan banyak perdebatan di media sosial Indonesia sehingga ada yang menghasilkan meme menyeru umat Islam agar menggunakan wang mereka untuk melaksanakan ibadah korban, lapor laman berita Okezone kelmarin.

Menerusi meme yang kini tular di internet, netizen menyeru peminat di Indonesia supaya mengutamakan bayaran untuk melaksanakan  ibadah korban sebelum menonton konsert  Coldplay.

Meme tersebut mempunyai imej lembu di samping kumpulan Coldplay yang membuat persembahan.

Konsert Coldplay di Indonesia bakal berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 15 November depan.

Tiket dijual pada harga berbeza berdasarkan kategori  yang bermula daripada 800,000 rupiah (RM243) hingga  1.2 juta rupiah (RM365) serta 5 juta rupiah (RM1,523).

Dua kategori termahal yang menjadi perhatian ramai pula berharga 5.7 juta rupiah (RM1,737) dan 11 juta rupiah (RM3,352). 

Sementara itu, Hari Raya Aidiladha dijangka disambut oleh umat Islam di Malaysia pada 29 Jun ini, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1444 H. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI