fbpx

Kutipan dana tambahan RM200,000 baby Naail sudah cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian perkongsian Founder Misi di Instagram.

PETALING JAYA – Kutipan dana tambahan Wan Muhammad Naail atau dikenali sebagai Baby Naail yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, telah mencapai sasaran.

Menerusi perkongsian di Instagram Founder Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd. Azmi, kutipan tambahan itu berjaya mencecah sebanyak RM250,000.

“Tadi saya kongsi video duit Baby Naail duit tak cukup, sangka kita duit hari tu dah cukup, tapi sebab ‘currency’. Saya buat video tadi dan dapat tontonan 1.9 juta orang.

“Jadi orang masuk serentak dan buat sumbangan berlumba-lumba nak bagi cukup RM9.7 juta,” katanya menerusi video tersebut.

Kosmo! Online pagi tadi melaporkan, dana sebelum ini masih tidak mencukupi apabila bayi tersebut masih memerlukan sumbangan kira-kira RM200,000 lagi bagi pembelian ubat.

Ia berikutan perbezaan mata wang Malaysia dengan Amerika Syarikat yang menyebabkan wang diperlukan belum mencukupi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI