ISU berat badan adalah aspek penting dalam industri K-pop, setiap artis perlu berusaha untuk mengekalkan visual menawan mereka.
Baru-baru ini, Karina daripada kumpulan Aespa mendedahkan rahsianya menurunkan berat badan semasa muncul dalam episod terbaharu program No Prepare.
Pelbagai topik dibincangkan terutamanya mengenai penurunan berat badan dalam program yang dikendalikan oleh penyanyi Lee Young-ji itu.
Penyanyi berusia 23 tahun itu mendedahkan bahawa selera makannya sangat besar.
Bagaimanapun, Karina akan bersenam bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah berat badan.