fbpx

Kemarau rindu Britney Spears dan anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRITNEY SPEARS

BINTANG pop terkenal Britney Spears meluahkan kerinduan terhadap dua orang anak lelakinya, Sean Preston dan Jayden selepas hampir setahun tidak berjumpa dengan mereka.

Kemarau kasih antara mereka berlaku selepas penyanyi berusia 41 tahun itu bertengkar dengan anak-anaknya yang kini masing-masing berusia 17 dan 16 tahun di sebuah premis pada 2022 lalu.

Sejak kejadian tersebut, kedua-dua anaknya yang memang tidak tinggal bersama ibu mereka mula menjauhkan diri serta tidak lagi membalas mesej kiriman Spears.

Kejadian tersebut telah diceritakan semula penyanyi lagu Toxic itu dalam sebuah dokumentari istimewa, TMZ Investigates: Britney Spears: The Price of Freedom.

Menurut penerbitnya, Katie Hayes, kedua-kedua remaja itu telah mempersoalkan cara Spears membesarkan mereka serta mengkritik cara wanita itu mengasuh anak-anak.

“Hubungan Spears dengan anak-anaknya memang dingin 2022. Sejak daripada itu, Spears tidak lagi berjumpa anaknya sehingga ke hari ini,” ujar Hayes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI