fbpx

Kastam rampas arak bernilai RM230,000, mangkuk tandas RM88,145

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MISBAHUDIN (kiri) menunjukkan sebahagian mangkuk tandas yang berjaya dirampas berikutan cubaan menyalahgunakan kemudahan borang Kastam 8 (K8) pada sidang akhbar di Menara Kastam, Johor Bahru hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor membuat serbuan ke sebuah gudang yang dijadikan tempat penyimpanan arak seludup di kawasan Perindustrian Gelang Patah, di sini dan merampas 7,242 tin dan botol minuman keras bernilai RM230,000.

Pengarah Kastam Negeri, Misbahudin Parmin berkata, kesemua minuman keras pelbagai jenama yang dirampas itu dipercayai diseludup daripada Eropah dan China, 17 April lalu dan

“Hasil pemeriksaan terhadap premis yang tidak berpenghuni itu, kita menemukan sejumlah minuman keras pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai.

“Bagaimanapun tiada individu ditahan dalam kes ini dan usaha mengesan pemilik premis sedang giat dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Menara Kastam di sini hari ini.

Dalam kes berasingan, Misbahudin berkata, pihaknya telah menyita sebuah kontena yang membawa muatan mangkuk tandas di sebuah premis di kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 5 Mei lalu.

Katanya, tindakan tersebut telah berjaya menggagalkan cubaan menyalahgunakan borang Kastam 8 bertujuan untuk mengelak daripada dikenakan duti import dan keperluan permit.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI