fbpx

Jangan pecah belah dunia kepada dua blok Perang Dingin – PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guterres beberapa kali memberi amaran mengenai Perang Dingin yang berterusan antara Barat dan China dalam beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP

GENEVA, SWITZERLAND – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengingatkan negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) agar tidak ‘memecah-belahkan’ dunia kepada dua blok Perang Dingin yang meletakkan Amerika Syarikat (AS) dan China sebagai pemain utama, lapor laman berita RT kelmarin.

Gesaan itu dikeluarkan selepas pemimpin-pemimpin Barat menjadikan China dan Russia sebagai sasaran utama dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan mengenai senjata nuklear.

Bercakap kepada agensi berita Kyodo ketika pemimpin AS, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Britain bertemu dalam persidangan di Hiroshima kelmarin, Guterres menggesa agar kerjasama dan dialog aktif dilaksanakan antara kumpulan tersebut dan China berkenaan isu perubahan iklim serta pembangunan.

“Saya percaya ia amat penting bagi mengelakkan dunia berpecah kepada dua blok serta amat penting bagi mewujudkan kerjasama terhadap perbincangan serius,” ujar beliau.

Guterres sebelum ini telah beberapa kali memberi amaran mengenai Perang Dingin yang berterusan antara Barat dan China dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau menyebut kepentingan ekonomi, politik dan ketenteraan di kedua-dua pihak sebagai ‘perpecahan besar’ pada 2019.

Ini diburukkan lagi dengan hubungan antara Beijing dan Washington secara khususnya, yang semakin merosot sejak tahun lalu, dengan China memutuskan hubungan dengan AS dalam isu-isu iklim sebagai tindak balas kepada lawatan bekas speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan pada Ogos tahun lalu.

Dalam masa sama, Presiden AS, Joe Biden turut berkal-kali mengeluarkan ancaman ketenteraan sekiranya Beijing bertindak menyerang Taiwan.

Jumaat lalu, G7 mengeluarkan kenyataan bersama yang menuduh Russia sebagai retorik nuklear yang tidak bertanggungjawab serta melemahkan rejim kawalan senjata. Ia selain itu menyifatkan pemodenan senjata nuklear China sebagai kebimbangan global dan keselamatan serantau.

Dalam masa sama, Moscow turut mengecam tindakan London yang membekalkan senjata uranium kepada Kiev selain menuduh Ukraine cuba mencetuskan kemusnahan nuklear dengan menyerang Loji Kuasa Nuklear Zaporozhye di wilayahnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI