fbpx

Hospital Tuanku Jaafar Seremban siasat pesakit koma diarah discaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban inilah mangsa menerima rawatan selepas didera ibu tirinya.

SEREMBAN – Satu jawatankuasa akan ditubuhkan pengurusan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban bagi menyiasat aduan seorang wanita yang mendakwa suaminya yang koma diarah discaj dari hospital.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan satu pertemuan dengan pengadu akan diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci berhubung kejadian itu.

“Jawatankuasa penyiasatan yang terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan akan diwujudkan khusus bagi menyiasat dengan teliti isu terbabit.

“Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap pihak yang terlibat sepanjang proses siasatan ini dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran memaparkan luahan seorang wanita yang mendakwa pegawai perubatan sebuah hospital mendesaknya sejak minggu lalu untuk membawa pulang suaminya yang masih koma.

Katanya, pegawai perubatan itu memberi alasan suaminya sudah stabil serta tidak memerlukan rawatan pakar lagi selain hospital memerlukan katil untuk merawat pesakit lain.

Tidak tahan dengan tekanan, wanita itu memberitahu, dia terpaksa menyewa ambulans bagi membawa pulang suaminya namun malangnya lelaki itu diserang sawan dalam perjalanan pulang.

Wanita itu terpaksa menghubungi talian 999 bagi mendapatkan bantuan dan suaminya dihantar ke Hospital Jelebu untuk rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI