fbpx

Manchester City sah bergelar juara EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain City meraikan kejayaan muncul juara EPL musim ini tanpa perlu menunggu aksi menentang Chelsea malam tadi ekoran kekalahan Arsenal. – AFP

MANCHESTER – Kekalahan 0-1 Arsenal kepada Nottingham Fo­rest, awal pagi semalam menyaksikan Manchester City tidak perlu bersusah payah untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Ing­geris buat kali ketiga berturut-turut.

Tanpa mengira keputusan aksi menentang Chelsea malam tadi dan ketika saingan masih berbaki satu perlawanan, kekecewaan dialami Arsenal yang memimpin carta hampir majoriti kempen musim ini terpaksa akur untuk melepaskan kejuaraan kepada The Citizens.

Ini bermakna skuad kendalian Pep Guardiola sudah pun memenangi Liga Perdana Inggeris buat kali kelima dalam enam musim terakhir dan berpeluang memburu kejuaraan trebel pada final Piala FA dan Liga Juara-Juara.

“Tidak dapat diragukan lagi Liga Perdana Inggeris adalah liga yang mencabar dan kompetitif di dunia. Persaingan yang kami lalui sekarang sudah mencerita segala-galanya tentang kejayaan kami.

“Untuk memenanginya tiga kali berturut-turut dan kali kelima dalam tempoh enam musim adalah sesuatu yang cukup luar biasa. Kualiti dan konsistensi menjadi rumusan kepada City untuk berusaha raih kejayaan pada masa akan datang.

“Ia menjadi musim yang tidak akan dapat dilupakan,” kata ke­tua pasukannya, Ilkay Gundogan.

Awal bulan depan menjadi detik terpenting buat City yang akan mengharungi final Piala FA bertemu Manchester United sebelum menentang Inter Milan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI