fbpx

EPL: De Gea menang Sarung Tangan Emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GEA mencatat aksi tanpa bolos dalam 17 perlawanan ketika United menewaskan Bournemouth kelmarin. – AFP

LONDON – Aksi cemerlang yang dipamerkan penjaga gol Manchester United, David De Gea pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) membolehkannya secara rasmi dinobatkan untuk meraih anugerah Sarung Ta­ngan Emas EPL bagi musim 2022-23.

Skuad The Red Devils berjaya menewaskan Bournemouth 1-0 kelmarin sekali gus meletakkan skuad kendalian Erik Ten Hag tersebut kini hanya memerlukan satu mata untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Penjaga gol dari Sepanyol itu mengekalkan rekod bersihnya yang ke-17 tanpa bolos musim ini dan kali terakhir dia memenangi Sarung Tangan Emas pada musim 2017/18.

“Saya rasa ia adalah musim terbaik buat saya terutama sekali di bahagian pertahanan. Pertahanan kami sangat baik sepanjang musim dan saya fikir kami bermain sangat bagus.

“Saya telah membantu pasukan semampu yang boleh. Saya mengekalkan beberapa rekod bersih yang baik. Apabila anda mengekalkan rekod bersih, kami lebih hampir untuk memenangi perlawanan dan hari ini kami berjaya mengutip tiga mata penting.

“Hasil kemenangan tersebut, kami semakin hampir untuk menamatkan saingan di tangga empat teratas dan itu keputusan sangat baik untuk kami,” katanya.

Kontrak De Gea akan ber­akhir hujung bulan depan dan dia dijangka menandatangani perjanjian bersama juara 20 kali EPL tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI