fbpx

Dewan Rakyat: Tiada aduan kenaikan harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin.

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga barang atau ketidakberadaan barangan keperluan sepanjang tiga musim perayaan sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pemantauan sentiasa dilakukan penguat kuasa KPDN untuk memastikan harga barangan kawalan berada pada atau di bawah paras ditetapkan, selain meneliti secara terperinci aduan yang diterima.

“Jika dikatakan ada kenaikan mendadak bagi barangan asas, itu tidak benar sama sekali. Kita mengawal 43 jenis barangan kawalan, 11 harga kita kawal dan satu pun tidak naik.

“Sebagai contoh barang yang kita kawal, minyak bersubsidi tidak naik (harga) dan yang lima kilogram kemasan, kita hadkan pada RM30.90, (itu pun) tidak naik, harga beras tidak naik dan kalau beras putih basmathi itu, perlu dibayarlah (pada harga tinggi) sebab kita tidak kawal. Harga RON95 itu terkawal.

“Apa lagi barangan yang menjadi keperluan asas, tidak naik kerana 43 barangan ini memang kita kawal dan sesiapa yang naikkan harga akan berdepan tindakan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) mengenai berlaku kenaikan harga barangan di pasaran kerana peniaga terpaksa menaikkan harga berikutan pembekal menjual pada harga yang tinggi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI