fbpx

Cuaca buruk di enam negeri sehingga 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan beberapa negeri iaitu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak.

“Perak antaranya Kerian, Larut, Matang dan Selama. Sarawak antaranya Miri dan Limbang. Sabah antaranya Tawau,” katanya.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI