fbpx

Cawan isi air meletup angkara santau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memperlihatkan cawan yang berisi air teh suam pecah didakwa perbuatan santau.

PETALING JAYA- Seorang peniaga terkesima melihat cawan yang berisi teh suam tiba-tiba meletup didakwa terkena santau.

Menerusi video klip yang dimuat naik di TikTok pemilik Chef Tido yang merupakan seorang peniaga, dia berkata ini merupakan pertama kali dia menghadapi kejadian yang paling teruk seperti itu.

“Kali ini paling dahsyat punya, macam mercun bom pula,” katanya di kapsyen.

Dia mendakwa perbuatan itu adalah percubaan ilmu orang-orang terdahulu.

“Seminggu dua baru boleh berjalan benda macam ini, permainan orang-orang zaman dahulu. Mereka ini bila sudah cukup masa, kena cuba ilmu mereka ini,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak menyangka cawan yang berisi teh suam boleh meletup secara tiba-tiba bila dibaca doa.

“Bayangkan teh suam boleh meletup pula cawannya. Kalau air panas tu boleh percaya sebab air tu tengah panas. Terpulang lah pada yang hendak percaya atau tidak, segalanya di tangan anda,” yakin pemilik.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai orang bersetuju itu adalah perbuatan santau.

“Pernah kena, abang ipar saya sampai luka terkena kaca di badan, sebelum itu dia baca bismillahillazi la yadhurru sampai habis, lepas itu meletup cawan tu,” komen Adawiah.

“Aku pembuat air banyak kali dah gelas pecah sebab isi air panas. Tapi kalau bagi pada pelanggan, tiba-tiba pecah, tidak pernah lagi. Mungkin ada sesuatu,” kata Siti Aishah.

“Kawan saya pernah cerita depan mata, air milo ais pecah walhal gelas tebal punya. Pada masa itu, mereka kata tiba-tiba tergerak hati hendak baca doa,” kata Ayramancha.

“Allahu, manusia zaman sekarang ini sudah berbalik pada zaman purba. Benda syirik-syirik seperti suka betul dibuat,” -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI