fbpx

Bundesliga: Bayern buka peluang buat Dortmund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYERN tewas pada aksi yang cukup penting sekali gus membuka semula persaingan merebut gelaran Bundesliga bersama Dortmund. – AFP

MUNICH – Jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel tidak mempunyai jawapan terhadap kekalahan 1-3 di tangan RB Leipzig pada aksi Bundesliga di Allianz Arena awal pagi semalam.

Kekalahan itu mampu menjejaskan harapan Bayern menjua­rai Bundesliga musim ini apabila kembali membuka peluang kepada musuh tradisi, Borussia Dortmund untuk memintas mereka di tangga teratas.

“Apabila anda beraksi jauh di bawah paras sebenar dan tahap prestasi yang semakin menurun, ia akan membuatkan anda sukar untuk memenangi perlawanan.

“Inilah yang terjadi dalam perlawanan ini. Saya sebenarnya tia­da jawapan untuk menjelaskan bagaimana ia boleh terjadi.

“Ia sesuatu yang tidak boleh diterima kerana kami berhenti bergerak, tidak menolak antara satu sama lain dan beraksi dalam kemahuan yang rendah,” kata Tuchel.

Dalam aksi itu, Bayern dilihat tiada masalah untuk merakam kemenangan ke atas Leipzig apabila membuka tirai jaringan menerusi Serge Gnabry pada minit ke-25.

Segalanya berubah dalam babak kedua apabila Leipzig bangkit dengan tiga gol menerusi Konrad Lainer pada minit ke-65, Christopher Nkunku (m-76) dan Dominik Szoboszlai (m-86).

Tuchel yang mengambil alih tugas pada Mac lalu, berharap keajaiban Dortmund tewas kepada Augsburg dan Mainz bagi membolehkan mereka bergelar juara jika menang ke atas Cologne dalam aksi terakhir minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN