fbpx

Asia semakin panas kerana perang Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menutup kepalanya menggunakan tuala untuk berlindung daripada cuaca panas di Yangon, Myanmar pada 8 Mei lalu. - AFP

BEIJING – Perang yang tercetus di Ukraine memburukkan lagi fenomena gelombang haba di benua Asia dengan mencetuskan kesan kesihatan dan ekonomi yang memudaratkan, lapor majalah berita Time kelmarin.

Situasi itu berpunca daripada sekatan Eropah terhadap minyak dari Russia yang mengakibatkan perubahan seismik dalam pasaran tenaga dengan ‘menyerap’ bekalan gas asli cecair (LNG) global.

Ia sekali gus memaksa negara-negara miskin menggunakan tenaga yang tidak bersih seperti arang batu, seterusnya meningkatkan pelepasan karbon yang memanaskan Bumi.

Berdasarkan kajian dijalankan laman pemantau tenaga, Energymonitor.ai tahun lepas, benua Asia melabur sekurang-kurangnya AS$490 bilion (RM2.2 trilion) dalam infrastruktur gas baharu yang diketuai oleh Vietnam dan China.

Disebabkan pelepasan LNG yang agak rendah berbanding arang batu atau minyak, gas tersebut dianggap ‘bahan api penghubung’ yang mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil tradisional seperti arang batu dan minyak.

Namun, konflik Russia-Ukraine yang bermula tahun lalu telah membuatkan pasaran LNG menjadi tidak stabil.

Ini kerana Eropah terdesak untuk mendapatkan bekalan tenaga ketika musim sejuk tahun lalu dan dalam masa sama, ia bergelut untuk mendapatkan sumber alternatif yang diperlukan ketika  ia menyekat bekalan paip gas dari Russia.

Disebabkan kekurangan infrastruktur yang mencukupi, Eropah mula mengganggu bekalan LNG yang sepatutnya disalurkan di seluruh Asia, seterusnya meningkatkan permintaan dan menyebabkan lonjakan harga sebanyak hampir 10 kali kali ganda daripada kadar purata.

Walaupun sebilangan negara seperti Jepun sanggup membeli LNG pada harga yang tinggi, sebilangan yang lain seperti China dan India memotong bekalan importnya sebanyak kira-kira satu perlima.

Namun, negara-negara kecil seperti Pakistan yang tidak mampu menampung harga tinggi terpaksa berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga dan bekalan elektrik terputus di tengah-tengah gelombang haba.

Pada tahun lalu, gelombang haba dan kemarau memaksa China meningkatkan penjanaan tenaga arang batu.

Beijing, yang bersiap sedia menanggung beban gelombang haba Asia pada musim panas kali ini, tidak menolak kemungkinan untuk sekali lagi meningkatkan penggunaan tenaga arang batu.

“Kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk mempromosikan penghasilan arang batu yang stabil dan meningkatkan pengeluarannya,” kata seorang pegawa Beijing seperti dilaporkan media tempatan.

Pakar ekonomi tenaga dari Universiti Teknologi Sydney, Profesor Shi Xunpeng berkata, kesan-kesan ketidakstabilan pasaran LNG paling teruk dirasai oleh komuniti berpendapatan rendah.

“Malah, walaupun sedikit perubahan dalam harga (LNG), ia akan menyebabkan cabaran signifikan terhadap akses tenaga bersih,” ujarnya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI