fbpx

SKM terima lebih 100 permohonan buka koperasi di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainudin (kiri) dan Pengerusi Koperasi Kedai Emas Harga Lelong Berhad, Nik Mohd. Suwardy Nik Mat pada Majlis Perasmian Koperasi Kedai Emas Harga Lelong Berhad di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu semalam. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

KOTA BHARU – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan menerima lebih 100 permohonan untuk menubuhkan koperasi daripada pelbagai pihak bermula Januari hingga Mei ini.

Pengarahnya, Zainudin Mohamed berkata, daripada jumlah itu, hanya 40 sudah diluluskan dan didaftarkan manakala selebihnya dalam proses pertimbangan.

Menurutnya, berdasarkan situasi semasa, beliau menjangkakan banyak permohonan membuka koperasi bakal diluluskan tidak lama lagi.

“SKM ketika ini berada dalam fasa untuk mempermudahkan urusan permohonan organisasi untuk membuka koperasi apabila prosesnya boleh dilakukan secara dalam talian.

“Melalui kaedah ini, ia sekali gus dapat mengurangkan beban pemohon daripada menyediakan kertas kerja yang rumit. Mereka hanya perlu sertakan dokumen berkaitan sahaja selain bukti aktiviti yang dijalankan,” katanya ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Koperasi Kedai Emas Harga Lelong Berhad di Bandar Baru Tunjong di sini semalam.

Mengulas lanjut, Zainudin memberitahu, SKM juga sudah melonggarkan syarat keahlian koperasi kepada 20 orang berbanding lebih 50 orang sebelum ini.

Katanya, sekiranya ada organisasi yang hanya mempunyai lima ahli, permohonan itu akan diteliti sebelum mendapat kelulusan khas.

“Hampir 1,000 koperasi di Kelantan yang aktif. Banyak organisasi memohon untuk mewujudkan koperasi walaupun meskipun tidak mempunyai ramai keahlian apabila mereka tahu manfaat menyertai koperasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI