fbpx

Sharifah Sakinah selar individu komen lucah melampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH Sakinah semenangnya tidak asing lagi dengan gambar-gambar 'daring' dalam media sosial.

PETALING JAYA – Gara-gara berkongsi foto dalam keadaan berkemban, pelakon sensasi Sharifah Sakinah membuatkan netizen naik ‘geram’ sehingga ada yang tergamak meluahkan komen lucah keterlaluan terhadap dirinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkongsi tip yang dilakukan untuk menjaga kulitnya selepas melakukan proses menggelapkan warna kulitnya menjadi coklat keperangan (tan).

“Ramai tanya macam mana untuk jaga kulit selepas menjalani proses ‘tanning’. Berjemur di bawah pancaran matahari, minum air yang banyak dan suntik vitamin C (bukan untuk memutihkan kulit),” jelasnya.

Bagaimanapun, perkongsian pelakon berusia 34 tahun menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila tanda segan menayang sebahagian tubuhnya dalam keadaan berkemban. 

Malah, fotonya dalam keadaan mencolok mata itu turut mengundang pelbagai reaksi pengikutnya termasuk meninggalkan komen melampau mahu melakukan sesuatu tidak bermoral iaitu menjilat fizikal ibu tunggal anak satu itu.

Tidak berdiam diri, Sakinah kemudiannya menyelar individu tersebut dengan satu amaram keras, agar individu terbabit pasti akan menyesal jika meneruskan niat jahatnya.

“Takut menyesal nanti,” kata Sakinah.

Bagaimanapun, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu tetap menuai pujian daripada peminatnya apabila memuji tona kulitnya yang cantik.

“Bersih dan cantik kulit,” kata seorang peminatnya.

“Cantiknya,” puji seorang lagi pengikutnya.

Nama adik kepada dramatis Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah itu memang tidak pernah ‘kontang’ daripada cerita-cerita sensasi.

Bermula dengan berita perpisahannya bersama suami yang juga warga Sweden, Michael Hansen pada tahun lalu selepas tiga tahun bersama.

“Kami mempunyai pendapat, sistem kepercayaan, perspektif dan ideologi berbeza.

“Disebabkan itu, kami tidak lagi mampu menjadi pasangan. Tamat,” tulisnya dalam Instagram.

Bukan itu sahaja, Sakinah turut mendedahkan dirinya merupakan seorang penghidap Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) sejak beberapa tahun lalu sehingga memberi kesan dalam kehidupan rumah tangganya.

Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun berpisah pada Mei 2020. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Anais Adha, 6. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI