fbpx

Sharifah ‘gigit jari’ gagal beli tiket Coldplay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH ROSE

SEJAK kumpulan Coldplay diumumkan bakal mengadakan konsert di Malaysia pada November depan, memang ramai yang sudah teruja nak dapatkan tiket.

Makanya, berebut-rebutlah orang ramai membeli tiket tersebut pada 16 dan 17 Mei lalu termasuk golongan selebriti.

Ada yang berjaya tetapi ramai gagal untuk mendapatkan tiket dan salah seorangnya ialah Sharifah Rose.

“Saya tidak berjaya dapatkan tiket.

“Sumpah murung (Selasa) sebab saya menanti sejak pukul 9 pagi dan berjaya masuk ke web pukul 1 tengah hari tetapi tiket sudah habis.

“Kemudian pada hari Rabu saya beratur tetapi akhirnya terkandas jua,” luahnya.

Sebenarnya ramai yang melalui situasi sama seperti Rose pada hari tersebut.

Tak mengapalah Rose jika tiada rezeki pun, mungkin boleh mencuba beli tiket untuk konsert lain selepas ini.

DIVA: Banyak betul konsert menanti. Paling tidak sabar pastinya konsert Ella.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI